EBay telah mengumumkan bahawa syarikat mereka akan berhenti bekerjasama dengan Paypal berikutan kontrak perjanjian EBay-Paypal yang akan tamat pada tahun 2020.
Walaupun perjanjian tersebut tamat, paypal tetap akan menjadi salah satu medium pembayaran di eBay, hanya sahaja ia sudah tidak menjadi medium pembayaran utama.
Buat masa ini, pilihan transasksi di eBay adalah terbatas. Hal ini menyebabkan, penjual tiada pilihan lain melainkan menggunakan PayPal sebagai pilihan utama walaupun pejual lebih suka menerima pembayaran wire transfer atau money order.
Pengumuman eBay baru-baru ini mendatangkan banyak spekulasi dalam pasaran. Masing-masing tertanya-tanya adakah eBay akan memperkenalkan pilihan transaksi lain.
Pada ketika ini belum ada apa-apa pengumuman daripada pihak eBay, cuma syarikat tersebut sedang mempertimbangkan sistem pembayaran baru yang dikeluarkan oleh syarikat Belanda, Adyen. Integrasi sistem pembayaran syarikat Belanda dengan eBay mungkin akan diaplikasikan seawal suku tahun kedua tahun 2018.
Sistem pembayaran syarikat Adyen ini membolehkan pengguna (penjual dan pembeli) dapat menikmati pelbagai jenis transaksi termasuk penggunaan matawang crypto. Namun perkara tersebut belum dipastikan lagi.
Pembayaran sistem PayPal akan kekal sehingga Julai 2023. Saham paypal jatuh selepas pengumuman berita tersebut dikeluarkan.
Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/