Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Perjanjian brexit dapat menjadi bencana terhadap supply chain industri perniagaan menurut pakar ekonomi Oxford.
Menurut mereka, Hard Brexit bakal memberi kesan kepada kos ekonomi sebanyak €112billion atau £100billion.
Hal itu bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi EU, malah ekonomi UK juga akan terkesan sebanyak £125billion.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, kerugian yang dihadapi supply chain akan memberi kesan kepada peningkatan kerugian dalam pengeluaran zon eropah iaitu sebanyak €62billion atau 0.3%.
Bagi negara-negara seperti Hungary, Belanda dan Denmark, pengeluaran ekonomi diramalkan akan jatuh sebanyak 1%. Hal ini akan menyebabkan aktiviti ekonomi semakin perlahan.
Namun menurut pakar ekonomi Mr Kilbane , matawang pound dijangka tidak akan terjejas teruk. Kajian rasmi impak Brexit masih dijalankan lagi pada ketika ini.
– Hard Brexit merujuk kepada UK melepaskan sepenuhnya akses kepada pasaran kesatuan eropah,EU secara keseluruhan-

























































