Sebelum ini Trump pernah menyatakan bahawa beliau menyukai penampilan politik Theresa May jika dibandingkan Ronald Reagan dan Margaret Thatcher. Namun nampaknya kini perbandingan tersebut mungkin sudah terbatal.
Pada hari Jumaat, Presiden Donald Trump telah mengkritik keras Perdana Menteri UK Theresa May dengan mengatakan Brexit mungkin dapat “membunuh” prospek perdagangan bebas dengan US.
Trump juga mengatakan bahawa pemimpin, yang undur diri daripada barisan pimpinan menunjukkan kempimpinan May yang berkocak.
Mengenai isu Brexit hal ini dapat membawa kepada kemungkinan bahawa UK tidak akan memiliki kerja sama perdagangan dengan US, jika pelan Brexit diteruskan.
Dalam pernyataan Trump dalam sebuah wawancara dengan The Sun “Jika mereka (pemimpin UK) melakukan perjanjian seperti tersebut, kami akan lebih memilih untuk berurusan dengan Kesatuan Eropah berbanding dengan UK, jadi hal ini mungkin akan membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.
Setakat ini belum boleh menyatakan apa-apa kesimpulan terhadap kunjungan Trump ke UK selama empat hari yang bermula pada Khamis.
Walaubagaimanapun terdapat laporan melalui BBC, bahawa Trump mengaku sudah berbicara dengan May tentang bagaimana untuk menguruskan perjanjian Brexit. “Saya telah beritahu kepada Theresa May bagaimana melakukannya, tetapi beliau tidak setuju. Beliau tidak mendengarkan saya malah memilih jalan yang berbeza”.