China mencatat pertumbuhan yang kukuh dalam sektor pembuatan selepas mencapai paras tetinggi 4 bulan lalu pada bulan Disember.
Peningkatan pertumbuhan dalam sektor pembuatan di China didorong oleh peningkatan tempahan.
Berdasarkan laporan. Indeks tempahan sektor pembuatan Caixin (PMI) mencatat peningkatan kepada 51.5 pada bulan Disember berbanding bulan sebelumnya yang mencatat bacaan 50.8. Hal ini kurang diduga, kerana pakar ekonomi mensasarkan kejatuhan dalam bacaan kepada 50.6.
Penganalisis menjangkakan aktiviti pembuatan China sedikit lemah berikutan pencemaran udara, pasaran hartanah yang perlahan dan peningkatan kos pinjaman.
Namun dapatan laporan Caixin, pengeluaran bertumbuh pada kadar yang tertinggi dalam tempoh 3 bulan yang didorong oleh peningkatan permintaan.
US dolar sedikit mengukuh berbanding matawang yuan sebanyak 0.01% kepada 6.5034 setakat jam 10.20 a.m.