US dollar naik ke paras tertingggi yang baru berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Selasa. Kekuatan greenback menyebabkan pair seperti EUR/USD, dan GBP/USD jatuh menjunam. Bukan itu sahaja matawang-matawang komoditi turut tertekan disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan pengukuhan oleh US dollar.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.29% setakat pada pukul 5.38 petang.
Major pair EUR/USD jatuh 0.32% dengan GBP/USD jatuh 0.32%. USD/JPY pula jatuh 0.06%, USD/CAD naik 0.72% dan USD/CHF hampir tidak berubah. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.71% dan 0.43% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen dan USD, manakala matawang paling lemah adalah CAD dan AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CAD/JPY jatuh 0.78%, AUD/JPY pula jatuh 0.84%. Pair USD/CAD pula setakat ini naik 0.72% dan AUD/USD jatuh 0.75%.
Matawang-matawang komoditi (Commdolls) tertekan selepas harga minyak mentah membuat penurunan yang mendadak. Hal ini berlaku menjelang pengumuman Presiden Trump tentang keputusan Amerika terhadap perjanjian nuklear Iran. CAD, NZD dan AUD adalah tiga matawang yang banyak menerima impak kejatuhan itu di samping faktor pengukuhan matawang US dollar itu sendiri.
Matawang Yen mendapat banyak manfaat daripada ketakpastian (uncertainty) pasaran ketika ini, dengan membuat kenaikan berbanding matawang-matawang utama yang lain. Yen sekali lagi mendapat permintaan kerana kebimbangan pasaran terhadap pengumuman Trump pada malam ini.
US dollar pula mendapat sokongan ketika ini berikutan komen yang dibuat oleh Pengerusi Fed Jerome Powell. Beliau mengatakan, “pasaran tidak perlu terkejut dengan tindakan kami jika ekonomi bergerak sejajar dengan unjuran yang telah dibuat.”