US dolar meneruskan kejatuhan pada Selasa dengan hasil-bon Amerika Syarikat juga susut daripada paras tertinggi dan ditekan oleh pengukuhan matawang Euro secara keseluruhan.
Penurunan oleh hasil bon 10 tahun AS biasanya akan menyebabkan matawang US dolar juga turut jatuh. Kejatuhan hasil bon jangka panjang itu dilihat menyebabkan pelabur antarabangsa kurang tertarik kepada US dolar berikutan hasil pelaburan yang semakin berkurangan.
Matawang Euro setakat pukul 10.46 malam juga dilihat mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain yang menggambarkan kekuatan matawang Euro secara keseluruhan. Untuk pengetahuan anda, kenaikan oleh Euro biasanya akan menyebabkan penurunan oleh matawang US dolar, dan sebab itu greenback melemah berbanding majoriti matawang utama yang lain.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback (USD) berbanding matawang yang lain susut 0.39% pada masa artikel ini ditulis. Indeks ini berada pada sekitar 89.02 jatuh dari paras signifikan 90.00.
Selain daripada itu, pelabur juga sedang berhati-hati dengan beberapa data dan event (peristiwa) berisiko dalam pasaran esok sehingga Jumaat. Pasaran forex dan kewangan global akan berhadapan dengan ucapan Presiden Trump pada pagi Rabu yang dijangka beliau memperkatakan tentang projek infrastruktur yang semestinya akan menggerakkan US dolar.
Pasaran juga akan berhadapan dengan penetapan polisi monetari The Fed pada awal pagi Khamis dan data pekerjaan NFP pada Jumaat. Dua perkara ini dijangka akan menyebabkan pergerakan besar kepada matawang US dolar pada hari tersebut.
Sila beri tumpuan kepada ucapan Trump pada pagi esok, penetapan polisi monetari The Fed pada Khamis dan juga pengumuman data pekerjaan NFP pada Jumaat.