Berkemungkinan pasaran akan bergerak lebih pantas pada Selasa selepas presiden Trump mengumumkan keputusannya sama ada akan memperbaharui perjanjian nuklear dengan Iran atau sebaliknya. Trump dijangka akan mengumumkan keputusannya pada pukul 2 pagi hari Rabu.
Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Majlis Keselamatan PBB dengan Iran pada 2015 bagi membenarkan tinjauan dari luar dibuat terhadap program nuklear Iran, dengan syarat sekatan terhadap ekonomi Iran dikurangkan.
Trump sebelum ini dilihat lantang mengkritik perjanjian itu dan beliau dijangka akan keluar daripada perjanjian ini yang mana akan memberi dua implikasi.
Pertama adalah, Iran akan dikenakan sekatan semula dan kedua adalah Iran tidak dikenakan sekatan langsung. Jika Iran dikenakan sekatan, ia akan memberi impak kepada pasaran minyak mentah kerana status Iran sebagai pengeluar ketiga terbesar di dalam OPEC.
Bukan itu sahaja, pasaran saham, aset safe-haven akan mendapat kesan daripada apa jua keputusan Trump. USD/JPY khususnya akan banyak terkesan dan dijangka bergerak volatile (turun-naik) pada pagi nanti.
Jika Trump keluar daripada perjanjian itu dan mengenakan semula sekatan kepada Iran, ia sudah tentu akan menyebabkan pelabur beralih ke aset yang lebih selamat yang mana akan menguatkan Yen.
Harga minyak mentah khususnya akan lebih banyak terkesan kerana kesan langsung oleh keputusan Trump. Kemungkinan minyak mentah akan membuat kenaikan jika Trump memberi isyarat peningkatan sekatan terhadap Iran.