Eksport China pada bulan Mei meningkat sebanyak 12.6 peratus daripada bacaan tahun lepas. Manakala import naik 26 peratus mengatasi jangkaan pasaran, dimana hal ini antara berita bagus untuk pembuat dasar Beijing dalam keadaan berhadapan rundingan perdagangan dengan Washington.
Berdasarkan tinjauan oleh Reuter, penganalisis menjangkakan penghantaran bulan Mei naik 10.0 peratus pada tahun ini, berbanding dengan peningkatan sebanyak 12.7 peratus pada bulan April.
Pertumbuhan import dijangka perlahan dengan bertumbuh sebanyak 18.7 peratus pada bulan Mei, berbanding dengan 21.5 peratus sebulan lebih awal.
Bagi Januari-Mei, eksport meningkat 13.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan import naik 21 peratus.
Prestasi perdagangan China telah bertambah kukuh pada awal tahun ini, disokong oleh permintaan yang mampan di rumah dan di luar negara.
Walaubagaimanapun, lebihan perdagangan China dengan US telah meningkat kepada $24.58 billion pada bulan Mei daripada $22.15 billion pada bulan April berdasarkan data yang dikeluarkan pada hari Jumaat. Namun data ini dikira positif kerana penganalisis menjangkakan bahawa lebihan perdagangan akan meningkat kepada $31.9 billion pada bulan Mei.
Bagi bulan Januari-Mei, lebihan perdagangan China dengan US adalah sebanyak $104.85 billion.
Hubungan perdagangan US dan China telah tegang dengan kedua-duanya saling mengancam kenaikan tarif untuk barangan bernilai sehingga $150 billion.
Presiden Donald Trump telah meminta Beijing untuk membuka lebih banyak ekonomi mereka dan menangani defisit perdagangan antara Amerika Serikat dengan China.
Pada bulan Mei, Rumah Putih telah memberi amaran akan mengenakan tarif terhadap barangan import China sehingga $50 billion termasuk sekatan perdagangan.