Pasaran Matawang
Matawang Australia dan New Zealand mengukuh berbanding US dolar pada hari Khamis dalam sesi dagangan Eropah.
AUD/USD mengukuh sebanyak 0.22% kepada 0.7852. NZD/USD mengukuh sebanyak 0.42% kepada 0.7122 setakat jam 3.55 p.m.
Sentimen isu minit mesyuarat Fed semakin reda menyebabkan pengukuhan matawang US dolar terbatas.
Berdasarkan minit mesyuarat, bank pusat dicadangkan untuk meningkatkan kadar faedah secara berkala namun harus berdasarkan peningkatan inflasi.
Selain itu, laporan pasaran pekerjaan dan aktiviti eknomi US juga kekal kukuh.
Pasara kini memberi tumpuan pada data NFP pada hari Jumaat.
Pasaran Komoditi
Harga minyak terus mencatat peningkatan dan mencapai paras tertinggi Jun 2015.
Harga minyak mentah US WTI naik sebanyak 0.88% kepada $62.16. Harga minyak Brent naik sebanyak 0.56% kepada $68.25.
Peningkatan harga minyak didorong oleh ketegangan yang berlaku di Iran, merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak terbesar dunia.
Selain itu, harga juga didorong lonjakan dalam pasaran saham Asia yang mencapai paras tertinggi 10 tahun pada hari Khamis.
Harga emas jatuh sebanyak 0.49% kepada $1,312.00 dalam sesi dagangan Eropah.