Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari ini, pakar ekonomi China berpendapat bahawa China akan mencatat pertumbuhan GDP pada kadar 6.9% tahun 2017.
Ekonomi negara tersebut mencatat pertumbuhan sebanyak 6.9% pada 2 suku awal dan bertumbuh sedikit perlahan pada suku tahun ketiga iaitu pada kadar 6.8%. Secara purata ekonomi china mencatat pertumbuhan GDP pada kadar 6.9% bagi 3 suku pertama. Kerajaan mensasarkan pertumbuhan tahunan pada kadar 6.5% setahun pada tahun 2017 .
Menurut pakar ekonomi Xu Hongcai, perdagangan luar negara sudah pulih sejak tahun lepas, permintaan penggunaan kekal stabil dan sektor teknologi canggih semakin kukuh.
Perdagangan luar negara meningkat 14.2% setahun pada tahun 2017 selepas jatuh 2 tahun berturut-turut.
Jabatan Perangkaan Negara (NBS) dijangka akan mengeluarkan laporan GDP pada hari Khamis ini. Disamping itu, laporan lain seperti pengeluaran industri, pelaburan aset tetap, jualan runcit dan harga juga akan dikeluarkan.
World Bank pada bulan lepas telah meningkatkan ujuran pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2017 daripada 6.7% kepada 6.8%.
Berdasarkan Forum Masa Depan Ekonomi China ke-9 diadakan di Beijing beberapa hari lepas, ekonomi China pada tahun 2018 akan mengekalkan pengukuhan dari segi kadar pertumbuhan, pekerjaan, harga barang dan produktiviti.