Menteri industri dan teknologi maklumat China baru sahaja mengeluarkan penarafan baru terhadap matawang crypto. Penarafan itu teraktub 28 jenis matawang crypto dan blcokchain dalam pasaran crypto. Berdasarkan CCID, indeks tersebut didasarkan 3 kriteria berbeza iaitu teknologi, aplikasi dan inovasi.
Berdasarkan laporan, Ethereum telah mencatat mata paling dalam ketiga-tiga kategori iaitu 80.3 dalam teknologi, 23.7 dalam aplikasi dan 25.4 dalam inovasi. Jumlah mata yang dipungut ialah sebanyak 129.4 dan hal ini menyebabkan Ethereum berada tangga no 1. Tempat kedua penarafan jatuh pada Steem yang mengumpul 115.9 mata dan Lisk pada tangga ketiga dengan 104.8 mata.
Bitcoin yang merupakan matawang crypto paling penting, menduduki tangga ke 13 selepas mencatat 88.1 mata, jumlah yang sama dengan Verge.
Pada beberapa bulan sudah, China telah mengambil beberapa tindakan untuk mengawal pasaran matawang crypto dan termasuk mengharamkan Initial Coin Offerings (ICOs) pada bulan September 2017.
Namun yang paling penting, terdapat sumber yang mengatakan bahwa China mempunyai niat untuk menerbitkan matawang crypto national. Hal tersebut juga diikuti oleh Russia, Venezuela dan Iran.
Sebelum ini Weiss Rating juga telah mengeluarkan penarafan mereka yang menempatkan Ethereum lebih tinggi daripada bitcoin.