US Dolar mencatat pengukuhan berbanding yen dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis.
USD/JPY mencatat peningkatan sebanyak 0.18% kepada 112.70. Manakala AUD/USD menyusut sebanyak 0.14% kepada 0.7823 setakat jam 10.15 a.m
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik 0.08% kepada 91.96 setakat jam 10.15 a.m
Berdasarkan laporan minit mesyuarat the Fed pada bulan December, beberapa ahli menjangkakan pengurangan dalam cukai korporat dan individu bagi menjana perbelanjaan perniagaan dan pengguna. Namun impak perlaksanaan polisi tersebut masih belum dapat dipastikan.
FOMC juga menjangkakan pada tahun 2018, GDP US akan meningkat daripada paras 2.1%.
Pasaran Komoditi
Harga minyak bercampur dalam sesi dagangan Asia apabila minyak mentah WIT mencatat peningkatan sebanyak 0.32% kepada $61.84, manakala Brent mencatat kejatuhan sebanyak 0.09% kepada $67.89.
Hal ini disebabkan bacaan laporan American Petroleum Institute (API) yang menunjukkan inventori minyak mentah jatuh 4.992 juta ton namun bawah daripada jangkaan penganalisis.
Harga emas pula jatuh dengan banyak sebanyak 0.78% kepada 1,308.30 berikutan laporan minit mesyuarat Fed yang hawkish.