Ekonomi Australia menghadapi tekanan apbila negara itu tersepit di antara perang perdagangan Amerika Syarikat dan China.
Australia merupakan sekutu rapat A.S dan dalam masa yang sama, ekonomi Autralia bergantung kepada China. Perang perdagangan antara kedua negara itu dapat mendatangkan kerugian sebanyak $1.3 trilion.
“Australia kini berada dalam kedudukan yang sangat tersepit antara A.S. dan China,” kata Roland Rajah di Sydney. Rajah sebelum ini bekerja di Bank Pembangunan Asia dan bank pusat Australia berkata “risiko ketegangan ekonomi yang semakin tegang antara kedua-dua negara itu dapat mencetuskan kebimbangan besar.”
China membeli 35% dari pada eksport Australia yang bersamaan 8% daripada keluaran dalam negara kasar, dan kebanyakkan terdiri daripada bijih besi dan pendidikan.
Terdapat laporan yang menyatakan bahawa Beijing sedang dalam proses untuk menghalang pelajar daripada belajar di Australia dengan memberi amaran tentang risiko keselamatan.
Ekonomi Australia dan beberapa negara membangun mempunyai pergantungan ekonomi terhadap China akan terkesan dengan perkara ini.
Presiden Donald Trump telah membuat pengumuman yang bercadang untuk mengenakan cukai sebanyak $50 billion keatas barangan import China berikutan isu kecurian harta intelek. Sejam selepas pengumuman tersebut, China pula membalas dengan ini mengenakan tarif sebanyak $3 billion barangan import U.S termasuk keluli sehingga ke daging mentah.