Matawang Yen mencapai paras tertinggi satu bulan yang lalu dengan matawang Swissy membuat kenaikan pada Isnin berikutan peningkatan ketegangan geopolitik. Pelabur pula dalam keadaan berhati-hati dengan ekonomi global yang berada dalam ketidakpastian (uncertainty).
Pasaran ekuiti meneruskan penurunan pada Isnin dengan pertelingkahan perdagangan berterusan antara AS dengan China. Presiden Trump pada Ahad mengancam China untuk mengenakan tariff pusingan baru jika China tidak membuka ekonominya. Setakat ini AS telah mengenakan tariff terhadap China sebanyak tiga pusingan dengan nilaian perdagangan berjumlah $250 billion.
Satu lagi risiko yang membantu kenaikan matawang safe-haven ketika ini adalah risiko geopolitik di Arab Saudi. Pasaran saham negara itu jatuh mendadak apabila negara-negara barat mengkritik kerajaan monarki itu secara terbuka dan menyalahkan Arab Saudi atas kehilangan wartawan Washington Post, Khashoggi.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat penurunan 0.12% setakat pada pukul 5.32 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.22%, di mana GBP/USD didagang merosot 0.04%. USD/JPY pula jatuh 0.45%, dengan USD/CAD didagang 0.09% lebih rendah. USD/CHF pula didagang menurun 0.65%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 0.37% dan 0.43%.
Dollar Australia sering menjadi petunjuk kepada risiko dalam pasaran. Walaupun, pasaran dilihat berisiko, tetapi matawang itu dilihat menguat berbanding US dollar. Ia sekaligus menunjukkan bahawa pelabur tidaklah terlalu panik dengan keadaan semasa.