Pasaran Matawang
US dolar terus mengukuh pada hari Jumaat berbanding matawang utama yang lain.
US dolar mula mengukuh sejak semalam selepas data perkerjaan ADP menunjukkan laporan yang memberangsangkan.
Pengukuhan US dolar menyebabkan beberapa matawang utama lainnya ditutup lemah, seperti EUR/USD, GBP/USD, AUD/USD ditutup lemah dan USD/JPY ditutup kukuh.
Selain itu permasalahn politik di Korea sudah mula menunjukkan perkara yang positif dan hal ini mendorong kepada pengukuhan US dolar.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan kukuh sebanyak 0.16% kepada 90.25 setakat jam 10.15 pagi.
Matawang Euro menyusut berbanding US dolar pada hari ini berikutan kenyataan bank pusat Eropah.
Pada awal kenyataan ECB cenderung bersifat hawkish, namun Mario Draghi (Presiden ECB) dilihat lebih dovish sepanjang sidang medianya pada Khamis.
Apa yang menyebabkan kejatuhan kepada matawang Euro adalah komen Draghi terhadap inflasi yang masih terhalang untuk naik. Unjuran inflasi untuk tahun 2019 juga diturunkan kepada 1.4% dari 1.5% sebelum ini.
Pasaran Komoditi
Harga minyak mentah mengukuh pada hari Jumaat berikutan peningkatan saham Asia selepas pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyatakan kesediaan beliau untuk bertemu presiden US Donald Trump.
Harga emas menunjukkan kejatuhan sebanyak 0.23% kepada 1318.70 berikutan pengukuhan US dolar.