Matawang GBP menjunam ke paras terendah sejak 3 minggu lalu sebelum Perdana Menteri Britain Theresa May bertemu dengan penggubal undang-undang Parti Konservatif.
Cabaran kepimpinan yang diterima oleh Theresa May dan politik telah menjejaskan perjanjian UK dengan EU untuk berpisah sekaligus melemahkan matawang Pound pada akhir-akhir ini.
Dalam perkembangan di Itali pula, Menteri kewangan Tria dilaporkan sedang mencari jalan keluar dari kebuntuan bajet. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Itali, Salvini menegaskan lagi sekali bahawa Itali tidak akan mengubah cadangan bajet mereka.
Bukan itu sahaja, data ekonomi PMI di Zon Eropah dicatatkan pada bacaan yang rendah dari jangkaan dan sebelumnya sekaligus memberi tanda bahawa pertumbuhan ekonomi di Eropah akan perlahan. Hal ini menyebabkan matawang Euro juga turut melemah.
Indeks US Dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.43% setakat pada pukul 7.20 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.63%, di mana GBP/USD didagang merosot 0.57%. USD/JPY pula naik 0.20% dengan USD/CAD didagang 0.08%. USD/CHF pula didagang baik 0.24%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan mendatar 0.11% dan 0.10%.
Dalam masa yang sama, perkembangan positif di China juga telah memberi impak positif terhadap pasaran pada awal sesi Eropah.
Menjelang pembukaan pasaran New York, pelabur dilihat lebih berhati-hati ke arah penetapan dasar monetari Bank of Canada di mana jangkaan pelabur adalah terdapat kenaikan kadar faedah pada hari ini.