Facebook telah menerapkan polisi baru yang melarang pengiklanan matawang crypto di media sosial tersebut. Hal ini bermaksud, tidak ada lagi pengiklanan yang mempromosikan matawang crypto seperti bitcoin, ethereum, litecoin di Facebook.
Menurut Facebook, pengharaman/pelarangan pengiklanan matawang crypto adalah demi melindungi pengguna daripada scammers. Pelarangan itu juga termaktub kepada Initial Coin Offering (ICO).
Rob Leather, pengurus Pengurusan Facebook menegaskan bahawa media sosial tersebut akan membersihkan segala iklan dan perkhidmatan kewangan yang dikaitkan dengan promosi yang menipu pengguna.
Walaubagaimanapun, keputusan polisi pelarangan tersebut tidak kekal. Facebook akan memperbahuruinya dari semasa ke semasa.
Pengumuman larangan ini mula dikeluarkan setelah banyak aduan oleh pengguna bahawa pengguna kerap kali ditipu oleh sebahagian syarikat yang menawarkan ICO untuk tujuan tidak benar.
Larangan pengiklanan ini juga dikenakan kepada media sosial lain seperti Instagram dan Audience Network.
Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/