Terdapat satu data yang perlu diberi perhatian hari ini kerana mampu memberi kesan besar kepada matawang GBP iaitu data indeks harga pengguna (CPI). Harga pengguna UK (CPI) atau data inflasi UK yang akan dikeluarkan petang ini adalah antara tumpuan pasaran pada minggu ini. Data CPI ini akan dikeluarkan pada Selasa pukul 5.30 petang.
Data penting ini dijangka akan melemah kepada 2.8% dari segi tahunan dari paras 3.0% sebelum ini. Manakala data Core-CPI pula dijangka susut kepada 2.5%. Jangkaan terhadap data ini jelas dilihat dalam Forex Factory.
Sebelum ini data inflasi UK meningkat sehingga 3% dalam dua bulan berturut-turut sebelum ini, di mana bacaan paling tinggi dicatat ialah 3.1% pada November tahun lalu. Sebab utama kenaikan inflasi tahun lalu adalah kejatuhan matawang GBP berikutan kebimbangan pasaran terhadap Brexit. Kejatuhan Sterling (GBP) telah menjadikan harga barangan import menjadi semakin mahal sekaligus menyebabkan peniaga di UK menaikkan harga.
Namun, selepas hampir 2 tahun referendum Brexit – matawang GBP kini telah menguat semula yang jelas dilihat dalam pair GBP/USD. Pair GBP/USD naik sehingga 2350 pip sejak jatuh ke paras terendah 1.1974 dan kini didagangkan di sekitar 1.4052 dan semakin hampir dengan 1.5000.
Terdapat penganalisis yang berpendapat kenaikan matawang GBP ketika ini akan menekan inflasi di UK sebanyak 1% pada tahun ini. Dengan inflasi yang semakin menurun dan menghampiri sasaran Bank of England (BoE) 2%, kebarangkalian kenaikan kadar faedah juga dilihat semakin berkurangan.
Jika inflasi yang dikeluarkan pukul 5.30 petang pada Selasa kurang daripada jangkaan, kita mungkin akan melihat matawang GBP melemah dengan banyak.