US Dolar melemah terhadap matawang Yen dan Swiss Franc pada hari Rabu selepas penasihat ekonomi tertinggi White House, Gary Cohn meletak jawatan.
US Dolar jatuh 0.48 peratus kepada 105.62 setakat pukul 2.10 petang mendekati paras rendah 16 bulan yang lalu. Berbanding Swiss franc (CHF), US dolar susut 0.39 peratus kepada 0.9372.
Dolar terus melemah pada sesi Asia hari Rabu selepas Gary Cohn gagal meyakinkan Presiden Trump untuk mempertimbangkan tariff keluli dan aluminium.
Pelabur melihat ahli-ahli penasihat ekonomi Presiden Trump yang ‘protectionist’ yang terlalu melindungi ekonomi AS akan menjadi semakin dominan tanpa kehadiran Gary Cohn. Mereka juga dianggap lebih suka dengan matawang US dolar yang lemah.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback menurun 0.12 peratus yang terendah sejak dua minggu yang lepas. Pair EUR/USD meningkat ke paras $1.2426 setakat pada masa artikel ini ditulis.
Dolar telah mengalami tekanan selepas Korea Selatan berkata ia akan mengadakan sidang kemuncak pertamanya dengan Korea Utara sejak satu dekad yang lalu. Ini sekaligus mengurangkan ketegangan geopolitik khususnya di semenanjung Korea. Pihak Korea Selatan juga berkata Korea Utara sanggup mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat mengenai penangguhan ujian nuklear.
Presiden Trump berkata Korea Utara seolah-olah “ikhlas” dalam keputusannya untuk menangguhkan ujian nuklear.
Apa yang perlu trader tahu ketika ini adalah sentimen telah berubah dalam masa yang begitu singkat tidak sampai 24 jam. Sentimen yang begitu baik oleh Korea Utara semalam telah berubah menjadi berisiko disebabkan oleh peletakan jawatan Gary Cohn.