Saham Asia dibuka kukuh pada hari Khamis. Dalam masa yang sama, bursa saham US juga sebelumnya ditutup kukuh.
Indeks Dow Jones, ditutup naik. Indeks Dow Jones dan S&P 500 mencatat prestasi terbaik bulanan sejak Mac 2016. Harga saham Boeing mencatat kenaikan tertinggi melonjak hampir 5%. Walau bagaimanapun, saham perubatan sedikit tertekan berikutan sentimen kenaikan harga ubat.
Indeks Nikkei menguat berikutan peningkatan dalam saham-saham automotif, teknologi dan syarikat kewangan. Indeks Kospi juga mengalami nasib yang sama selepas berlaku aktiviti pembelian saham di majoriti saham tertutama pada saham-saham pembuatan dan kewangan.
Indeks saham ASX, Australia dibuka naik didorong peningkatan dalam saham-saham tenaga dan sektor kewangan. Indeks Hang Seng, Hongkong dibuka kukuh manakala indeks Shanghai Composite, China dibuka lemah.