Sektor perkhidmatan China berkembang dengan kadar terpantas dalam tempoh 6 tahun pada awal tahun 2018. Hal ini adalah disebabkan peningkatan tempahan dan pertambahan bilangan pekerjaan.
Indeks tempahan pengurus (PMI) Caixin meningkat kepada bacaan 54.7 pada bulan Januari berbanding bacaan bulan Disember pada 53.9. Bacaan pada bulan Januari adalah bacaan tertinggi sejak Mei 2012.
Bacaan diatas 50 memberi indikasi bahawa pertumbuhan dalam sektor tersebut.
Kerajaan China kini menumpukan pada sektor penggunaan dan perkhidmatan terutamanya dalam industri kewangan dan teknologi. Hal ini adalah bagi mengurangkan pergantungan terhadap ekonomi traditional seperti pelaburan, eksport dan industri berat.
Laporan kaji selidik tersebut juga melaporkan bahawa perniagaan baru berkembang dengan kadar terpatas dalam tempoh 32 bulan. Terdapat peningkatan dalam projek-projek baru dan pertambahan pekerja.
Pakar ekonomi menjangkakan ekonomi akan berkembang pada kadar 6.5% pada tahun ini.