US dolar jatuh ke paras terendah 16 bulan lalu berbanding matawang Yen pada hari Isnin. Pengukuhan matawang Yen disebabkan oleh kebimbangan yang terhadap isu perang perdagangan global yang berlaku dan dalam masa yang sama pasaran mengambil sikap berhati-hati terhadap perkembangan politik di Tokyo.
US dolar merosot sebanyak 1.2% berbanding matawang Yen pada minggu lepas apabila ketegangan perang perdagangan antara A.S dan China mencetuskan kebimbangan mengenai pertumbuhan global.
Pasaran global tidak menentu selepas Presiden Trump mengenakan tariff ke atas barangan China yang membolehkan dua ekonomi terbesar dunia terjebak dalam perang perdagangan.
Skandal politik di Jepun juga mempengaruhi pasaran matawang yen, berikutan skandal kronisme yang mencengkam Perdana Menteri Shinzo Abe atas kenyataan yang diberikan di parlimen pada hari Selasa yang lalu.
Abe yang memulakan langkah ekonomi yang digelar “Abenomics” menjadi faktor yang telah membuatkan matawang Yen melemah sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi menjana eksport.
“Ketika ini isu yang berlaku menyebabkan pasaran berada dalam keadaan berisiko . Hal ini menyebabkan matawang Yen dan Swiss Franc mendapat sambutan kerana berada dalam kumpulan matawang save heaven “.
Pair USD/CHF didagangkan dengan harga 104.835 selepas jatuh kepada paras harga 104.560.
Pair USD/JPY mencapai harga 104.835 selepas turun pada harga terendah 104.560.
Pair EUR/USD menaik sebanyak 0.5% pada minggu lepas dan mencapai harga tertinggi pada paras 1.2364.
Indeks US dolar melemah berbanding enam matawang utama sebanyak 0.09% kepada paras 89.02.
Pari AUD/USD mengukuh sebanyak 0.32% kepada paras harga 0.7724 setakat pada pukul 9.40 pagi Isnin.