US dolar kembali mengukuh selepas mencatat penyusutan semalaman dalam sesi Asia, hari Jumaat. Penyusutan US dolar berbanding matawang utama yang lain adalah disebabkan data yang perlahan dalam sektor perumahan dan pasaran buruh.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding 6 matawang utama, meningkat sebanyak 0.13% kepada 93.84 setakat jam 9.15 pagi. Sebelum ini Indeks US dolar jatuh 0.23% kepada 93.69.
Dolar tertekan berikutan jualan rumah di US jatuh pada bulan April disebakan penawaran yang ketat yang terus mempengaruhi aktiviti pasaran perumahan.
Jabatan perdagangan menunjukkan jualan rumah sedia ada jatuh 2.5% pada bulan April kepada 5.46 juta rumah berbanding bulan lepas. Pakar ekonomi menjangkakan kejatuhan 0.2%.
Jabatan Buruh US melaporkan bahawa tuntutan pengangguran meningkat sebanyak 11,000 kepada 234,000 pada minggu yang bearkhir 19 Mei.
Selain itu turut mengimbangi matawang US dolar ialah pengukuhan matawang lain.
EUR/USD mengukuh sebanyak 0.27% kepada $1.1727 sebelum mencatat penyusutan pada ketika ini kepada 1.1710. Keadaan politik masih mengimbangi pergerakan matawang.
GBP/USD mengukuh 0.25% kepada $1.3382 sebelum menyusut kepada 1.3365.
USD/JPY susut 0.73% sebelum mencatat pengukuhan 0.32% pada ketika ini. Penyusutan berikutan presiden Trump membatalkan perancangannya untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un yang pada mulanya dijangka berlangsung pada 12 Jun di Singapura.