Sekali lagi pasaran Wall Street bermandi darah pada sesi dagangan New York semalam. Indeks ekuiti yang menjunam, isyarat terhadap kelembapan ekonomi Zon Eropah serta sentimen pasaran yang berisiko menyebabkan permintaan terhadap US Dolar meningkat.
Indeks US Dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat penurunan -0.18% setakat pada pukul 10.30 pagi.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.14%, dimana GBP/USD di dagang meningkat 0.07%. USD/JPY pula turun 0.17% dengan USD/CAD didagang 0.23% lebih rendah. USD/CHF pula didagang merosot 0.16%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan mendatar 0.11% dan 0.23%.
Dalam perkembangan di Kanada, Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah seperti jangkaan sebanyak 0.25% kepada 1.75%. Menurut kenyataan dan laporan dasar monetari, ianya boleh diklasifikasikan sebagai kenyataan yang hawkish.
BOC telah menggugurkan perkataan ‘beransur-ansur’ di dalam dasar sebelumnya dan menyatakan ‘BOC bersetuju bahawa kadar faedah perlu ditingkatkan untuk mencapai sasaran inflasi sekaligus memberi isyarat akan terdapat kenaikan kadar lagi pada Disember nanti.
Tumpuan utama pelabur pada hari ini adalah terhadap mesyuarat European Central Bank (ECB) dimana pelabur akan memberi perhatian terhadap sebarang komen mengenai krisis Itali.