US Dolar jatuh merosot berbanding yen pada hari Khamis berikutan kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan global yang mempengaruhi risiko pelabur (risk appetite).
Pair USD/JPY menurun sebanyak 0.4% iaitu kepada paras 105.94 yen. Jatuh daripada paras tertinggi hari Selasa iaitu 107.30 yen.
Para pelabur tetap prihatin terhadap peningkatan polisi perlindungan yang ingin diterapkan di bawah pentadbiran Presiden A.S. Donald Trump. Ekuiti A.S. jatuh pada hari Rabu setelah Trump merancang untuk mengenakan tarif baru kepada China.
Hal ini menyebabkan matawang “save heaven” seperti Yen menjadi pilihan.
Pentadbiran Trump menggesa China agar mengurangkan lebihan dagangan (trade surplus) dengan Amerika Syarikat sebanyak $100 bilion.
Menurut Larry Kudlow semasa wawancara di CNBC, beliau mengharapkan US dolar “sedikit lebih kukuh daripada sekarang.” Bagi Kudlow US dolar yang kukuh dan stabil adalah penting untuk kestabilan ekonomi A.S..
Komen Kudlow mengenai dolar tidak begitu memberi kesan terhadap pasaran pada masa sekarang, kata Satoshi Okagawa, penganalisis pasaran global senior untuk Sumitomo Mitsui Banking Corporation di Singapura.
Dalam masa yang sama, Okagawa menzahirkan kebimbangan terhadap polisi perlindungan A.S. kerana ia dapat memberikan tekanan pada US dolar.
Kesan lain penyusutan US dolar pada hari Khamis, ialah data jualan runcit A.S. yang kurang memberangsangkan. Hal ini membawa indikasi bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah pada kadar yang perlahan.
Walaubagaimanapun pasaran masih menjangkakan Fed akan menaikkan kadar tiga kali pada tahun ini, bermula pada mesyuarat dasar monetari minggu hadapan.
Indeks US dolar menyusut sebanyak 0.10% berbanding enam matawang utama pada hari ini dengan paras 89.66. Pada minggu ini sahaja US dolar sudah menyusut sebanyak 0.5%.
Pair EUR/USD mengukuh 0.11% kepada paras 1.2380. Walaubagaimanpun, sebelum ini, pair ini mencatat penyusutan disebabkan ucapan yang bernada ‘dovish’ oleh Presiden ECB pada zon bacaan yang sama.
Kata Draghi, ECB memerlukan lebih banyak data-data yang dapat menyokong kenaikan kadar inflasi.
Pair NZD/USD menurun sebanyak 0.2% kepada paras 0.7316 berikutan data pertumbuhan ekonomi New Zealand yang kurang memberangsangkan membuatkan kadar faedah terendah dalam rekod masa yang lama.