US dolar mula melemah sedikit pada sesi pembukaan dagangan Asia pada hari Isnin berikutan tumpuan pasaran pada minit mesyuarat The Fed pada minggu ini.
Sementara itu Yen hanya mengukuh sedikit berikutan kerisauan para pelabur terhadap isu skandal kronisme Perdana Menteri Shinzo Abe.
Pair USD/JPY berubah ke 105.72 masih dalam keadaan downtrend daripada paras harga dua minggu yang lalu.
Indeks US dolar menyusut pada awal pagi sebelum mencatat pengukuhan pada paras 89.90 berbanding matawang utama lain.
Data pengeluaran perindustrian A.S. melonjak naik pada bulan Februari, didorong oleh peningkatan pengeluaran di kilang-kilang dan lombong. Data ekonomi yang positif ini menunjukkan bahawa ekonomi global berada dalam keadaan kukuh dan dijangkakan the Fed akan menaikkan kadar faedah pada minggu ini.
Tumpuan kini tertumpu adakah the Fed akan membuat 4 kali kenaikan kadar faedah pada tahun ini, tidak seperti yang dirancangkan pada tahun lalu.
Peningkatan kadar faedah secara dasarnya akan menarik lebih ramai pelabur untuk melabur kedalam negara. Walaubagaimanapun, para pelabur masih lagi mengkhuatirkan pengenaan tarif dagangan oleh Trump dan polisi protectionist yang dapat menganggu ekonomi global dan US.
Dolar Kanada tertekan kerana kebimbangan mengenai perlindungan A.S, jatuh keparas terendah sejak bulan Jun dan minggu lepas kerana terdapat risiko bahawa Trump akan keluar dari Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) .
Pair USD/CAD mengukuh kepara 1.3116 dengan mencatat peningkatan sebanyak 0.15%. Hal ini berikutan kerisauan pasaran terhadap nasib NAFTA.Pair EUR/USD menurun kepada paras $1.2265 setakat jam 1 petang.