Matawang dollar USD melemah pada dagangan Selasa berbanding Sterling dan EURO yang melonjak selepasi Perdana Menteri Britain Theresa May berjaya mendapatkan kelulusan kabinet untuk draf cadangan Brexit selepas 5 jam mesyuarat berlangsung. Langkah seterusnya, beliau harus mendapatkan kelulusan daripada parlimen pula untuk perjanjian tersebut. Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah, Michel Barnier menyatakan draf perjanjian itu sangat penting untuk menamatkan perundingan.
Dalam ucapan Gabenor FOMC iaitu Powell, beliau yakin dan gembira dengan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat buat masa sekarang. Menurut bacaan data inflasi di AS, indeks harga pengguna meningkat sebanyak 0.3% secara bulanan seperti jangkaan manakala secara tahunan pula menaik kepada 2.5% berbanding 2.3% sebelumnya. Laporan inflasi adalah positif secara keseluruhan.
Selain itu, matawang AUD membuat kenaikan ekoran data pekerjaan Australia pada sesi Asia mencatatkan bacaan yang memberangsangkan. Angka pekerjaan November meningkat sebanyak 32.8K berbanding 7.8K pada Oktober manakala kadar pengangguran pula menurun kepada 5.0% seperti ramalan. Tambahan lagi, pertambahan pekerjaan sepenuh masa naik mendadak kepada 42.3K berbanding 24.6K.
Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.08% setakat pada pukul 12:15 tengahari ini.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.17%, dimana GBP/USD di dagang menaik 0.08%. USD/JPY pula melemah 0.15% dengan USD/CAD didagang 0.05% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang sedikit rendah pada 0.15%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan baik pada 0.55% dan mendatar 0.00%.