Matawang dollar USD masih didagangkan lemah pada dagangan Rabu berbanding matawang utama yang lain berikutan tekanan daripada faktor-faktor negatif melibatkan kebimbangan terhadap penutup separa kerajaan Amerika Syarikat dan ketegangan yang berlarutan di antara White House dan Federal Reserve. Kegelisahan pasaran terhadap ketidaktentuan politik di AS dan juga pertumbuhan ekonomi global yang bergerak perlahan telah mengakibatkan pulangan 10-tahun AS merosot pada 25 titik asas pada Disember, menambahkan lagi risiko ke atas dagangan USD serta menjejaskan unjuran pada masa hadapan. USD dilihat terus bergelut didagangkan berbanding matawang safe-haven Yen dalam suasana pasaran risk-off yang terus memberi manfaat terhadap matawang Yen ekoran permintaan yang meningkat daripada para pelabur.
Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.22% setakat 9:00 malam ini.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini menurun 0.08%, dimana GBP/USD di dagang rendah 0.02%. USD/JPY pula menguat 0.30% dengan USD/CAD didagang 0.05% lebih tinggi. USD/CHF pula di dagang mendaki pada 0.33%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.30% dan 0.01%.