Matawang Yen menguat berbanding Dolar pada hari ini memandangkan semakin banyak keretakan dalam pasaran saham global sekaligus mendorong para pelabur untuk beralih kepada aset-aset yang lebih selamat. Walaupun pasaran Wall Street melonjak pada hari Rabu tetapi pada awal dagangan Amerika Syarikat hari ini saham Eropah iaitu STOXX jatuh 1%.
Bukan itu sahaja, kebimbangan pasaran juga didominasi oleh kejatuhan keuntungan perindustrian China. Impak daripada itu, matawang komoditi seperti Dolar Australia dan New Zealand merosot pada dagangan hari ini.
Dalam perkembangan di Britain pula, Sterling didagangkan pada kawasan terendah sejak tiga hari apabila para pelabur sedang menanti perkembangan Brexit seterusnya. Perdana Menteri Theresa May dikatakan akan cuba meyakinkan para penggubal undang-undang untuk menyokong perjanjian Brexitnya pada bulan depan dan kemudiannya mendapatkan kelulusan Parlimen.
Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menurun 0.33% setakat 11:00 malam ini.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini menaik 0.58%, dimana GBP/USD di dagang tinggi 0.16%. USD/JPY pula merosot 0.55% dengan USD/CAD didagang 0.50% lebih tinggi. USD/CHF pula di dagang melemah pada 1.07%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan negatif 0.48% dan 0.24%.