Matawang Sterling berehat sebentar setelah membuat lonjakan terbesar dalam tempoh 2 minggu ini pada dagangan Selasa dengan pelabur menunggu hasil keputusan daripada mesyuarat kabinet di mana Perdana Menteri Theresa May cuba meyakinkan para menterinya untuk menerima draf perjanjian peralihan Kesatuan Eropah.
Menyentuh berkenaan data ekonomi pada sesi Eropah, data inflasi UK mencatatkan bacaan yang tidak mencapai ramalan dengan angka 2.4% seperti sebelumnya berbanding 2.5% jangkaan pasaran. Ini menyebabkan bahawa ekonomi Britain belum mencapai tahap yang sesuai untuk menaikkan kadar faedah.
Perkembangan krisis bajet Itali di zon Eropah pula, proses penyerahan semula draf belanjawan Itali kepada Suruhanjaya Eropah masih memberikan kebimbangan pelabur terhadap dagangan EURO. Dengan ketidakstabilan pada zon Eropah sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, dijangka akan mendesak European Central Bank (ECB) untuk menangguhkan proses pengetatan dasar monetari pada tahun hadapan sekaligus terus memberi tekanan kepada EURO. Tambahan lagi, KDNK Jerman mencatatkan pertumbuhan yang paling teruk sejak tahun 2013.
Tumpuan pasaran untuk malam ini akan beralih kepada indeks harga pengguna (CPI) yang mengukur kadar inflasi di Amerika Syarikat dengan bacaan teras dijangka meningkat 0.2% berbanding 0.1% atas faktor kenaikan di dalam indeks harga pengeluar.
Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.03% setakat pada pukul 6:50 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.19%, dimana GBP/USD di dagang menurun 0.44%. USD/JPY pula menguat 0.10% dengan USD/CAD didagang 0.03% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang sedikit baik pada 0.33%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan menurun 0.35% dan menaik 0.16%.