Matawang USD didagangkan kukuh pada perdagangan sesi Asia dan awal Eropah hari ini serta sentimen pasaran meningkat pada sesi Eropah dengan indeks DAX bergerak agak mendatar. Secara keseluruhan, pasaran kelihatan bergerak mendatar berikutan pelabur sedang menantikan mesyuarat dan sidang media ECB sebentar nanti.
Pelabur menjangkakan mesyuarat ECB sebentar nanti bernada yang agak dovish selepas ketidaktentuan geopolitik bajet Itali, krisis politik Sepanyol dan Jerman yang telah memberikan impak negatif kepada matawang Euro. Tambahan lagi, data PMI semalam yang meleset mengesahkan kelembapan ekonomi zon Eropah.
Dalam perkembangan di UK pula, matawang GBP menaik dari paras terendah enam minggu selepas Perdana Menteri Britain Theresa May menerima sokongan daripada parti konservatifnya sebelum pusingan seterusnya dalam perbincangan Brexit.
Indeks USD yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding enam matawang lain membuat penurunan setakat jam 7.20 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.10%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.15%. USD/JPY pula naik 0.05% dengan USD/CAD didagang 0.13% lebih rendah. USD/CHF pula didagang baik pada 0.20%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan menaik 0.27% dan menurun 0.11%.