Matawang Yen meningkat setengah peratus berbanding dolar pada hari Jumaat apabila pelabur mengeluarkan semula kedudukan dalam aset berisiko berikutan minggu yang tidak menentu di pasaran saham global dan kebimbangan timbul mengenai pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Dagangan yang berhati-hati dalam pasaran telah meningkatkan permintaan mata wang seperti yen dan franc Swiss atas faktor pasaran yang tidak menentu dalam perdagangan akhir tahun kurang kecairan sekaligus mencemarkan selera pelabur untuk melabur di aset yang memberi pulangan yang tinggi. Bukan itu sahaja, data ekonomi Jepun juga mencatatkan kelemahan pada hari ini dengan pengeluaran industri Jepun menguncup pada bulan November dan menurun daripada kenaikan pada bulan sebelumnya sekaligus menunjukkan bayangan bahawa terdapat tekanan dalam ekonomi global.
Manakala USD pula didagangkan merosot pada hari ini. Hal ini disokong oleh pengeluaran data ekonomi keyakinan pengguna yang paling lemah dalam tempoh tiga tahun di Amerika Syarikat, serta kejatuhan dalam keuntungan perindustrian di China, memberi peringatan kepada para pelabur mengenai prospek pertumbuhan global yang semakin merosot.