Majoriti matawang utama dunia cuba membuat kenaikan mengatasi matawang USD sejak sesi pasaran Asia sehingga awal sesi pasaran Eropah dengan Aussie mencatatkan kenaikan tertinggi setakat ini.
Matawang GBP melonjak lebih daripada 1% pada hari Khamis selepas pelabur optimis terhadap perjanjian Brexit yang akan tercapai dimana jangkaan pasaran bahawa institusi kewangan UK tidak akan kehilangan akses ke Kesatuan Eropah.
Matawang Euro kembali membuat kenaikan semula selepas pelabur lebih tertumpu kepada matawang USD sebelum ini dengan faktor sentimen pasaran yang kembali dilihat pulih. Tumpuan pasaran adalah terhadap penetapan dasar monetari oleh Bank of England (BOE) pada jam 8 malam ini.
Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menurun -0.50% setakat jam 6.45 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.57%, dimana GBP/USD di dagang menaik 0.86%. USD/JPY pula meningkat 0.02% dengan USD/CAD didagang 0.36% lebih rendah. USD/CHF pula didagang melemah pada 0.51%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 1.20% dan 1.44%.