Matawang US dolar sedikit mengukuh berbanding matawang utama pada hari Selasa dalam sesi Asia berikutan tumpuan pelabur terhadap kenyataan Jerome Powell dalam kongres terutamanya mengenai petunjuk kenaikan kadar faedah US.
Powell akan memberi keterangan mengenai ekonomi dan dasar monetari pada malam hari Selasa.
Menurut penganalisis, pasaran sedang memberi perhatian sama ada perang perdagangan antara U.S. dan China boleh menjejaskan prospek pengetatan dasar Fed atau tidak.
Walaubagaimanapun, lanjut penganalisis, Powell yang merupakan orang yang rapat dalam pentadbiran dijangka tidak akan memberi tekanan terhadap isu perang perdagangan US-China.
Powell berkemungkinan akan menegaskan semula dasar pengetatan kewangan the Fed secara beransur-ansur walaupun terdapat kekhuatiran bahawa hubungan perdagangan dapat mempengaruhi hal tersebut.
US dolar mlonjak 0.02 peratus berbanding enam matawang utama kepada paras harga 94.529.
Walaubagaimanapun, pengukuhan US dolar terbatas berikutan kebimbangan pasaran terhadap pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, namun kebimbangan tersebut tidak menjejaskan prestasi padat dolar setakat ini.