US dollar dilihat melemah berbanding beberapa matawang utama yang lain pada sesi New York hari Isnin walaupun data jualan runcit yang dikeluarkan agak memberangsangkan. Penganalisis berpedapat kejatuhan US dollar ketika ini adalah disebabkan sentimen Risk-On yang lemah, yang mana sepatutnya menyokong matawang berkadar faedah tinggi.
Data jualan runcit (retail sales) Amerika Syarikat yang dikeluarkan merekodkan kenaikan 0.50% pada bulan lalu berbanding jangkaan kenaikan 0.40%.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.24% setakat pada pukul 9.33 malam.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.20% di mana GBP/USD meningkat 0.17%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.02%, USD/CAD susut 0.17% dengan USD/CHF membuat penurunan 0.32%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing meningkat 0.03% dan 0.24% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah CHF dan matawang paling lemah adalah JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CHF/JPY merekodkan kenaikan 0.33% setakat pada pukul 9.36 malam.
Pengukuhan kepada CHF ketika ini adalah disebabkan kembalinya sentimen berisiko di dalam pasaran.
Dalam perkembangan isu perdagangan pada hari Isnin, China telah memfailkan laporan kepada WTO terhadap tindakan Amerika Syarikat yang mengenakan 10% tariff terhadap $200 billion produk import dari China.