Sebuah syarikat subsidari Amazon, Amazon Teknologi memenangi kelulusan paten pada hari ini bagi pasaran data digital. Syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka dapat ”mengesan transaksi Bitcoin yang dilakukan oleh peserta” yang dapat disalurkan kegunaan kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang.
Paten tersebut difailkan pada tahun 2014 tetapi baru sahaja diluluskan pada hari Selasa, dan dalam masa yang sama pula ia hadir ketika mana pihak autoriti ingin mengesan transaksi dan ibarat menjadi polis matawang crypto.
Pengguna bitcoin, contohnya ditampilkan melalui ledger matawang crypto yang teridiri daripada nombor dan huruf yang disusun atur berdasarkan algoritma kriptografi. Pencukaian bitcoin ketika ini pula berdasarkan laporan pengguna.
Sistem Amazon ini jika ia dapat diaplikasikan maka ia mampu membolehkan kerajaan untuk mengakses data bitcoin bagi tujuan pencukaian.
Sistem yang dipatenkan ini digambarkan sebagai ”pasar aliran data”, dimana sebuah entiti yang menghantarkan ke stream bagi mengesan maklumat.
Amazon menggambarkan polis antara yang akan menjadi pelanggan mereka. Mengesan pengguna Bitcoin adalah projek utama bagi perlaksanaan undang-undang bagi mengelakkan jenayah dan agensi sekuriti national juga sudah mula usaha ini sejak 2013 berdasarkan dokumen yang dibocorkan oleh Ed Snowden.
Dalam masa yang sama juga terdapat laporan baru bahawa Bank of Amerika juga failkan paten keata sistem simpanan berasaskan blockchain. Kembar Wiklevoss juga diberi kelulusan paten bagi sistem yang dapat memperlancarkan sekuriti transaksi digital diantara sistem pengkomputeran awan.