US dollar pada ketika ini melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain hasil daripada pengumuman terbaru China terhadap pengenaan tariff (cukai import) terhadap produk-produk dari Amerika Syarikat.
USD/JPY dengan pantas melemah selepas berita ini tersebar dan setakat ini telah merekodkan kejatuhan sehingga 70 pip setakat pada pukul 4.31 petang. EUR/USD juga melonjak 50 pip dengan GBP/USD membuat sedikit kenaikan.
Wakil China berikrar pada Rabu sekitar pukul 3.40 petang akan bertindak balas terhadap tariff yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap produk-produk dari China. Hal ini dilaporkan oleh agensi berita Bloomberg.
Dalam laporan itu China dilaporkan sedang merancang untuk mengenakan tariff terhadap 106 produk dari Amerika Syarikat. Antara tariff yang akan dikenakan adalah tambahan 25% tariff terhadap produk automobil dan produk kimia.
Selain itu, laporan sama juga menunjukkan 25% tariff kepada produk soya Amerika Syarikat yang dijangka akan menambah kemarahan petani di A.S. Keseluruhannya, China merancang untuk mengenakan tariff terhadap $50 billion produk dari ekonomi terbesar dunia itu.
Jadi kenapa pula AUD melemah berbanding US dollar?
Hal ini disebabkan tindakan terbaru China adalah tidak bagus kepada Australia kerana China adalah destinasi eksport terbesar negara Kangaroo itu. Dengan ketegangan yang semakin memuncak antara A.S.-CHINA sebenarnya secara tak-langsung memberi kesan negatif kepada eksport Australia kerana potensi aktiviti ekonomi yang semakin perlahan di China.