Pasaran Matawang
Matawang US dolar didagangkan lemah berbanding matawang utama dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain jatuh sebanyak 0.45% kepada 89.48 setakat jam 09.55 a.m.
Penyusutan matawang US dolar disebabkan komen Steven Mnuchin, (menteri kewangan AS) yang mengatakan “US dolar yang lemah adalah baik kepada kami,” dalam perhimpunan World Economic Forum di Davos, Switzerland.
Bagi beliau, kelemahan US dolar adalah lebih baik untuk perdagangan.
Pasaran Komoditi
Harga minyak melonjak naik sehingga ke paras tertinggi sejak Disember 2014 berikutan kejatuhan inventori minyak mentah 10 minggu berturut-turut. Dalam masa yang sama, turut mendorong peningkatan harga minyak adalah kelemahan US dolar.
Harga minyak Brent setakat ini didagangkan di sekitar $79.92 setong. Harga minyak WTI kukuh 0.93% kepada $66.22 setong setakat jam 09.55 pagi.
Harga emas juga menunjukkan pengukuhan berikutan kelemahan US dolar.