Pasaran Matawang
Matawang Aussie, Australia menyusut pada awal sesi dagangan Asia pada hari Jumaat.
Australia dolar menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.25% kepada 0.8020. Manakala US dolar didagangkan kukuh berbanding matawang yen dengan bacaan 109.51 setakat jam 9.30 a.m.
Laporan harga pengeluar tidak berjaya mendorong pengukuhan matawang AUD. Harga pengguna naik 0.6% pada suku tahun terakhir dan 1.7% pertumbuhan setahun.
Pelabur kini memberi tumpuan pada laporan data nonfarm payrolls yang akan dikeluarkan pada hari ini.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain naik 0.03% kepada 88.49 setakat jam 9.30 a.m.
Pasaran Komoditi
Harga minyak meneruskan peningkatan 3 hari berturut-turut pada hari Jumaat berikutan usaha OPEC dan non-OPEC yang mengurangkan pengeluaran minyak.
Harga minyak WTI naik kepada $66.05 setong dan Brent naik kepada $69.74 setong setakat jam 09.30 a.m
Harga emas kembali naik sebanyak 0.32% kepada 1,352.10.