Forex
US dolar sudah mula mengukuh apabila didagangkan sedikit tinggi berbanding matawang utama dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu
USD/JPY didagangkan kukuh iaitu naik sedikit 0.05% kepada 112.69, manakala matawang AUD/USD mengukuh pada awal sesi dagangan Asia sebelum menyusut sebanyak 0.11% kepada 0.7821.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam mengukuh sebanyak 0.05% kepada 91.61 dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu setakat jam 09.55 a.m.
Semalaman matawang US dolar jatuh keparas terendah 3 bulan lalu berbanding matawang utama.
Minggu ini pemain pasaran akan tertumpu kepada data pekerjaan NFP dari Amerika Syarikat dan juga minit mesyuarat FOMC yang masing-masing dikeluarkan pada Khamis dan Jumaat.
Minyak
Pertama kali harga minyak dibuka pada paas $60 pada awal tahun baru. Harga minyak terus mencatat peningkatan pada awal sesi dagangan hari ini.
Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.12% kepada $60.44 setakat jam 09.55 a.m.
Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.14% kepada $66.58 setong setakat jam 09.55 a.m.
Peningkatan harga didorong oleh bantahan golongan anti-kerajaan di Iran dan juga proses pemotongan bekalan yang sedang berjalan oleh OPEC dan bukan-OPEC.
Emas
Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.23% pada hari Rabu kepada $1,319.10 setakat jam 09.55 a.m.