Matawang US dolar menyusut berbanding yen pada awal sesi dagangan pada hari Isnin.
USD/JPY menyusut sebanyak 0.28% kepada 110.75 setakat jam 9.40 a.m. Manakala AUD/USD mengukuh sebanyak 0.20% kepada 0.7933.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.03% kepada 90.59 setakat jam 9.40 a.m.
Pengukuhan matawang yen didorong oleh laporan data yang bakal dikeluarkan dan penutupan pasaran U.S.
Pasaran Komoditi
Harga minyak mentah jatuh sedikit pada awal sesi dagangan Asia sebelum mencatat kenaikan.
Harga minyak WTI dan Brent mengalami kenaikan 12% dan 10% masing-masing.
Kejatuhan minyak mentah pada awal sesi dagangan didorong oleh penutupan pasaran US.
Harga emas pula melonjak naik pada hari ini berikutan terdapat tanda-tanda inflasi US semakin tertekan.
Harga emas mencapai paras tertinggi sejak 8 September tahun lalu iaitu pada 1,338.50.