Pasaran Matawang
Matawang yen mengukuh berbanding US dolar dalm sesi dagangan Asia.
USD/JPY menyusut sebanyak 0.05% kepada 110.41 setakat jam 10.05 a.m. Manakala AUD/USD mengukuh sebanyak 0.31% kepada 0.7986.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain susut 0.19% kepada 90.06 setakat jam 10.05 a.m
Pengukuhan matawang yen didorong oleh laporan data tempahan mesin yang meningkat melebihi jangkaan.
Tempahan mesein pada bulan November meningkat sebanyak 5.7% berbanding jangkaan yang menjangkakan kejatuhan.
Di Australia, data pinjaman rumah meningkat sebanyak 2.1% berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan naik hanya sekadar 0.1%.
Pasaran Komoditi
Harga minyak meningkat dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu.
Harga minyak WTI naik sebanyak 0.25% kepada $63.89 setong dan Brent naik kepada $69.33 setong setakat pukul 10.05 a.m.
Peningkatan harga ini didorong peningkatan permintaan minyak global yang kukuh dan pengetatan pengeluaran minyak.
Harga emas meningkat sebanyak 0.44% kepada 1,343.00 berikutan kelemahan matawang US dolar.