Berikut merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Pelabur bakal memberi tumpuan terhadap keputusan undian Brexit Parlimen UK serta pilihanraya di Kanada pada minggu ini. Selain itu, data-data ekonomi berikut juga akan dipantau sepanjang minggu.
Data Jualan Runcit Kanada (Selasa 8.30 Malam): Bacaan kadar jualan runcit untuk bulan Julai meningkat kepada 0.4% menepati jangkaan kenaikan oleh pasaran. Dijangka bacaan untuk Ogos turut meningkat kepada 0.5%. Bacaan teras juga diramalkan meningkat dari paras penurunan -0.1% sebelum ini.
Data Jualan Rumah Sedia Ada AS (Selasa 10.00 Malam): Transaksi tertinggi dalam pasaran perumahan adalah pada rumah sedia ada. Kadar jualan tahunan meningkat pada Ogos kepada 5.49 juta. Dijangka bakal ada peningkatan dicatatkan pada bacaan September.
Data PMI Zon Eropah (Khamis 4.00 Petang): Dimulakan dengan bacaan data PMI bagi Perancis, disusuli Jerman sebelum keseluruhan zon Eropah. Kadar PMI semakin menurun berikutan kebimbangan menuju ke arah kegawatan terutamanya pada ekonomi terbesar, Jerman. Kejatuhan pada bacaan kali ini menunjukkan kelembapan ekonomi terus merebak sehingga ke suku keempat.
Pengumuman Penetapan Kadar Faedah ECB (Khamis 7.45 Petang): Bank pusat Eropah dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras sifar pada mesyuarat terakhir bagi Presiden Mario Draghi. Pada September lalu, beliau mengutarakan cadangan keputusan yang mencetuskan kontroversi iaitu menurunkan kadar faedah beserta memulakan semula program pelonggaran kuantitatif (QE) pembelian bon yang akan bermula pada 1 November.
Data Pesanan Barangan Tahan Lama AS (Khamis 8.30 Malam): Pelaburan menjadi salah satu titik kelemahan dalam ekonomi dan bacaan data pada September akan memberikan input penting untuk pertumbuhan GDP bagi suku tahun ketiga. Bacaan data pesanan dan bacaan teras meningkat pada Ogos, melegakan selepas bacaan kurang memberangsangkan pada bulan sebelumnya. Dijangka bacaan data pada kali ini sedikit menurun.