Berikut merupakan data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Data Iklim Perniagaan Jerman Tinjauan Ifo (Isnin 5.00 Petang): Tinjauan sekitar 7000 perniagaan di Jerman akan memberi petunjuk terhadap kesihatan perniagaan bagi ekonomi terbesar zon Eropah itu. Bacaan pada Oktober menunjukkan keyakinan perniagaan yang stabil. Dijangka akan ada sedikit penambahbaikan untuk laporan November.
Data Keyakinan Pengguna di Amerika Syarikat (Selasa 11.00 Malam): Petunjuk daripada Conference Board (CB) untuk sentimen pengguna menyaksikan penurunan dari paras rekod tertinggi namun kekal kukuh. Keyakinan berkait dengan jualan runcit. Angka bacaan untuk bulan ini dijangka meningkat berbanding bulan lalu, menjelang Black Friday.
Data Pertumbuhan KDNK AS (Rabu 9.30 Malam): Menurut bacaan awal pertumbuhan GDP bagi suku ketiga, ekonomi berkembang pada kadar 1.9% tahunan. Bacaan tidak begitu memberangsangkan namun kekal lebih tinggi berbanding zon Eropah dan ekonomi membangun yang lain. Bacaan melepasi paras 2% akan melonjakkan dagangan dolar USD.
Data Pesanan Barangan Tahan Lama AS (Rabu 9.30 Malam): Pelaburan kembali stabil dan menyokong ekonomi Amerika Syarikat. Pada September, bacaan telah jatuh kepada 1.2% dan pesanan teras turun 0.4%. Bacaan terbaru dijangka akan kembali meningkat.
Data Inflasi Zon Eropah (Jumaat 6.00 Petang): Pada bacaan lalu, inflasi zon Eropah menurun kepada bacaan 0.7% sementara bacaan teras meningkat kepda 1.1%, paras yang memberi keyakinan terhadap bank pusat Eropah (ECB). Bacaan meningkat turut dijangkakan pada kali ini.
Data Pertumbuhan KDNK Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Pertumbuhan GDP Kanada untuk dua bulan lalu menunjukkan bacaan mengecewakan dengan peningkatan pada hanya 1% pada Ogos dan mendatar pada Julai. Bacaan untuk September akan memberi kesimpulan bagi suku ketiga serta gambaran lebih besar terhadap pertumbuhan ekonomi.