Matawang Yen menunjukkan tanda-tanda penurunan pada sesi pasaran Eropah petang ini berikutan daripada komen bernada dovish daripada Gabenor Bank of Japan (BOJ), Haruhiko Kuroda. Kuroda memberitahu Parlimen bahawa bank pusat bersedia untuk mempertimbangkan dasar monetari yang lebih longgar jika keadaan mendesak dan mendorong dagangan Yen mengalami susut nilai.
Namun, Yen turut akan dipengaruhi oleh faktor perkembangan laporan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Sebagai matawang safe-haven, jika rundingan dagang dilihat gagal mencapai kata sepakat antara dua pihak, pelabur yang melihat sentimen pasaran kembali berisiko akan beralih ke arah aset yang lebih selamat dan berpulangan rendah dan ini akan membuatkan permintaan terhadap matawang Yen meningkat.
Rundingan dagang dilaporkan akan diteruskan pada hari ini di Washington dan sebarang perkembangan pada laporan semasa akan mempengaruhi pergerakan harga dalam pasaran.
Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY, harga telah mencatatkan paras tertinggi semasa yang baru pada minggu lalu sekitar paras resistance 111.100 sebelum kembali membuat penurunan.
Dagangan USD/JPY semalam menunjukkan pergerakan yang mendatar dan harga semasa dilihat sedang menguji paras tumpuan harga pada 110.700. Jika harga meneruskan kenaikan menguji semula paras ketinggian minggu lalu, kenaikan harga boleh mencapai sekitar 50 Pips dari paras harga semasa.
Namun jika Yen berjaya mendominasi harga berbanding USD, harga dijangka akan turun melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line sebelum menguji paras tumpuan pada zon RBS (resistance become support) sekitar 110.00.
Lihat gambar chart USD/JPY untuk panduan perbandingan analisis teknikal anda.
Lihat juga paras tumpuan harga pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan anda dalam mengawal risiko dalam setiap dagangan.
Paras support: 110.459, 110.344, 110.252.
Paras resistance: 110.666, 110.758, 110.873.