Penurunan hasil bon merupakan antara faktor utama pasaran saham Wall Street kembali merudum setelah merekodkan kenaikan pada Isnin. Pelabur mula khuatir tentang petunjuk yang semakin jelas mengenai kemelesetan ekonomi yang bakal dihadapi.
Indeks Dow Jones menamatkan sesi dagangan dengan menunjukkan penurunan sebanyak 120.93 mata kepada 25,777.90 mata, S&P 500 jatuh 9.22 mata kepada 2,869.16 mata dan Nasdaq turun 26.79 mata kepada 7,826.95 mata.
Dengan berbaki 3 hari sebelum berakhirnya Ogos, pergerakan Dow Jones semakin perlahan dengan penurunan bulanan sebanyak 4%, disusuli S&P 500 dan Nasdaq dimana masing-masing jatuh 3.7% dan 4.3%.
Hasil bon terus jatuh ekoran permintaan bagi pelaburan selamat semakin meningkat. Ketika ini, hasil bon untuk 10-tahun mencatat angka 1.4761% dan ini menjurus kepada situasi kemelesetan ekonomi yang pernah terjadi sebelum ini.
Isnin lalu, Presiden AS Donald Trump berkata China bersedia untuk kembali berunding. Pasaran saham memberi tindak balas positif mengenai pengumuman itu dengan menunjukkan kenaikan bagi menutup penurunan yang berlaku pada Jumaat.
Trump yang sudah berkali -kali mendesak Federal Reserve (Fed) memotong kadar faedah bagi menyuntik semula ekonomi, melalui akaun Twitter beliau menyebut dengan nada yang sinis bahawa pihak Fed lebih suka melihat pengilang tempatan menghadapi kesukaran dalam mengeksport demi manfaat kepada pihak luar.