25 Jun, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan sekatan ke atas pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan pegawai-pegawainya.
Berdasarkan laporan AFP, Trump memenyifatkan tindakan itu sebagai reaksi tegas Amerika Syarikat terhadap provokasi yang dilakukan oleh Iran.
Sekatan tersebut akan menyekat pemimpin Iran dan pegawai-pegawai yang terlibat dari mengakses aset Iran yang bernilai berbilion-bilion dolar.
Hubungan kedua-dua negara tersebut mula tegang berikutan isu yang berlaku pada minggu lalu dimana Tehran telah menembak jatuh dron milik Amerika Syarikat. Susulan perkara tersebut, Trump mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin Iran Khamenei bertanggung jawab sepenuhnya ke atas perkara yang berlaku.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran Abbas Mousavi di Twitter, tindakan mengenakan sekatan ke atas pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan pegawai-pegawainya membawa indikasi bahawa ruang untuk diplomasi telah ditutup.
Ketegangan antara kedua-dua negara ini telah memberi impak terhadap pasaran saham dunia. Indeks utama Asia ditutup lemah pada hari ini, dimana indeks Nikkei jatuh 0.43%, indeks Shanghai jatuh 0.87%, indeks Hang Seng jatuh 1.15%, indeks Straits Times jatuh 0.22%, dan indeks Kospi juga jatuh 0.22%.