FUNDAMENTAL: DOVISH
- Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang kurang dovish.
- Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 April 2019.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI.
- Kadar inflasi dijangka meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan mengambil masa sedikit lebih lama daripada jangkaan.
- Ketidakpastian domestik utama mengenai prospek perbelanjaan isi rumah dan penurunan harga perumahan.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBA
- Data KDNK Australia berkembang sebanyak 2.3% pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.8% pada suku tahun sebelumnya.
- Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.8% tahun ke tahun pada suku keempat 2018 daripada 1.9% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar pengangguran yang di Australia menurun lebih rendah kepada 4.9% pada Februari 2019 daripada 5.0% pada bulan sebelumnya manakala pasaran menjangkakan 5.0%.
JANGKAAN: BULLISH AUD.
- Timbalan Gabenor RBA, Luci Ellis menyatakan bahawa pasaran buruh meningkat dengan ketara.
- Pasaran Asia hari ini melantun semula selepas dua hari kerugian apabila hasil bon AS 10 tahun menaik tinggi.