FUNDAMENTAL: DOVISH
- Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang kurang dovish.
- Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 7 Mei 2019.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI.
- Para penggubal dasar berpendapat bahawa dalam jangka terdekat, inflasi dijangka menurun disebabkan harga minyak yang rendah pada awal tahun ini.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBA
- Data KDNK Australia berkembang sebanyak 2.3% pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.8% pada suku tahun sebelumnya.
- Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.8% tahun ke tahun pada suku keempat 2018 daripada 1.9% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar pengangguran yang di Australia menurun lebih rendah kepada 4.9% pada Februari 2019 daripada 5.0% pada bulan sebelumnya manakala pasaran menjangkakan 5.0%.
JANGKAAN: BEARISH AUD.
- Iklan pekerjaan Australia di akhbar dan di internet menurun sebanyak 1.7% bulan ke bulan pada bulan Mac 2019, selepas penurunan 0.8% pada bulan sebelumnya dan merupakan kejatuhan bulan kelima berturut-turut.
- Sentimen pasaran didagangkan berisiko ekoran pelabur berwaspada dengan ketidakpastian geopolitik global. AS mencadangkan kenaikan tarif ke atas produk EU.