FUNDAMENTAL: DOVISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
- Bank of Canada (BOC) mengekalkan kadar faedah pada 1.75% seperti jangkaan.
- Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 6 Mac 2019.
- Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 10 ).
- BOC mengjangkakan kadar inflasi akan berkurang berikutan harga minyak mentah yang rendah serta momentum ekonomi Kanada diramalkan lembab.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA
- Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Kanada menurun kepada 1.9% daripada 2.3% sebelumnya.
- Kadar pengangguran di Kanada kekal pada 5.6% pada bulan Disember 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya sementara pasaran menjangka peningkatan menjadi 5.7%.
- Inflasi tahunan Kanada merosot kepada 1.7% pada November 2018 daripada 2.4% pada bulan sebelumnya. Jangkaan pasaran adalah 1.8%.
PLAN: SELL CAD.
- Nada yang berhati-hati daripada Bank of Canada dengan menyatakan kejatuhan harga minyak global mempunyai impak yang besar terhadap prospek ekonomi global dan menambah bahawa perbelanjaan pengguna serta pelaburan perumahan telah lemah daripada jangkaan.
- BoC juga meramalkan KDNK akan meningkat hanya 1.7% pada 2019, menurun berbanding jangkaan sebelum ini.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI